Hi.
HOME ABOUT AFFIES stuff extra extra

"Just because I am not talking doesn't mean I'm in a bad mood.. Sometimes I just like being quiet.."

follow | dashboard

tagboard




its all about us


April 2025
SMTWTFS
--12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930---


Archives



Assalamualaikum..

written on Friday, March 4, 2011 @ Friday, March 04, 2011 ✈{ 3 comment(s) }

Salam Ukhuwwah kepada semua..
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara..
ini adalah blog saya yang kedua..
mungkin ada yang pelik kenapa buat 2 blog..
ini adalah salah satu cara untuk saya menyebarkan dan mengingatkan kepada saya sendiri dan semua umat Islam di Malaysia tentang ISLAM dan hukum-hakamnya..
mungkin blog ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan satu lagi..
bukan ingin mengatakan saya mempunyai talam dua muka ataupun hipokrit..
tetapi saya lebih selesa dengan cara saya sendiri..
biar lah saya saja yang tahu..
apa yang bakal dan akan saya pamerkan di blog ini..
insyaALLAH serba sedikit memberi manfaat kepada kita semua..
buanglah yang keruh. ambillah yang jernih..

Perkara yang baik dari hati yang tulus dari insan yang kerdil ini..
jangan disalah anggap..
insyaALLAH segala yang menyakitkan hati insan lain..
tidak akan berlaku..
diri ini telah lama bermuhasabah diri..
tiada gunanya mengungkit kisah lama dan perasaan dendam..
itu pengajaran yang terbaik yang pernah saya alami..
maka, saya ingin menggunakan kemudahan yang diterima dengan sebaiknya..

Ramai yang beranggapan bahawa BLOG adalah salah satu cara dan tempat untuk meluahkan perasaan dan isi hati..
memang tidak dinafikan..
tetapi ada bahayanya sekiranya tidak mampu untuk menutup keaiban sesama Muslim dan Muslimah..
jangan menyalahgunakan kemudahan yang kita peroleh ini..
mungkin kita lega dan puas hati apabila menceritakan segalanya di dalam blog tentang orang lain..
tetapi, mampukah kita menanggung dosa di dunia dan di akhirat kelak hanya kerana dosa menceritakan keaiban dan keburukan orang lain??
Na'udzubillah..!!

Diri ini suka dan selalu menasihati diri sendiri..
SABAR separuh daripada IMAN..
Assabru minal iman..
Innallaha ma'assabirin.....
Sesungguhnya ALLAH bersama-sama dengan orang yang sabar..
tidak rugi kita bersabar..

Diri ini sudah merapu panjang..
maafkan diri seandainya membuatkan anda yang terasa dengan kata2 saya yang diatas..
bukan ingin menghina, tetapi sekadar pendapat dan teguran..
setakat ini sahaja untuk kali ini dan pertama kali post di blog ini..
Syukran..

Wallahua'lam

Labels:






© 2014 Skin by Sha_Kai & Hana_Mi. Basecode by mintrose. Thanks 4 visiting this blog!