Hi.
HOME ABOUT AFFIES stuff extra extra

"Just because I am not talking doesn't mean I'm in a bad mood.. Sometimes I just like being quiet.."

follow | dashboard

tagboard




its all about us




Archives



memori itu

written on Wednesday, April 4, 2012 @ Wednesday, April 04, 2012 ✈{ 0 comment(s) }


pernah suatu ketika saya bertekad tidak ingin mencari kawan
tetapi segala-galanya berubah selepas kemunculan dua orang insan yang sangat berharga
tak digambarkan betapa indahnya saat bersama mereka
melalui mereka, barulah saya fahami erti persahabatan yang sebenar
betapa pentingnya menghargai sahabat yang ikhlas bersahabat dengan kita
saya tidak akan lupakan mereka sehingga akhir hayat..

kenangan yang terukir sukar dilupai
saya harap korang pun sentiasa ingat memori itu
betul tak Nur Sumayyah Bt. Mohd. Muchtar dan Anis Madihah Bt. Azman..??
entah kenapa saya selalu dibayangi dengan detik kita bersama
mungkin ALLAH nak tunjuk betapa pentingnya ukhuwwah yang dibina berlandaskan Islam dan ikhlas..


Anis,
ingat lagi tak kita selalu 'dating'?? ^-^
apa-apa hal kau mesti ajak aku
pergi jalan-jalan la, lepak kat tepi sungai la
teman pergi PWTC la, macam-macam lagi la..
setiap kali kau ajak aku, mesti aku tak tolak kan
sebab apa??
sebab aku sayang kau..
sebab aku tak nak kau kecil hati..
lagipun kau selalu buat muka kalau pelawaan kau ditolak..
dan aku ni jenis yang tak suka hampakan orang tapi kadang-kadang tu tak ambil kesah la..
hehe~~
sampai balik lewat sebab train tak ada masa tu..
memang terbaik la..!!
pengalaman paling best..!!

Maya,
ingat lagi tak masa exam week??
masa nak menghadapi periksa syafawi Quran..
aku sangat down masa tu..
bila aku tengok kau mengulang, aku jadi tension..
sampai aku terpaksa mengalirkan air mata..
nasib baik aku berpaling dari kau masa tu..
haha~~
ingat tak masa nak exam madah, kerja kau menghafal je..
yang aku ni jenis nak faham maksud..
last2 aku ikut kau menghafal makna, contoh dan sebagainya..
memang terkesan la sampai sekarang..
dan minta maaf la selalu duduk kat bilik kau..
padahal ada bilik sendiri..
kau pun faham situasi aku saat itu..
dan saat cuti sem, syok kan pack barang??
cari kotak lagi..
haha~
so fun..!!

Anis dan Maya,
ingat lagi tak masa kita lepak kat bilik maya??
memang kecoh la..
esok paginya jenuh Ziqa nak kejut kita..
haha~
ingat tak masa kita pergi pasar malam??
hujan teman kita sekali kan..
memang kuyup la balik DQ..
pastu makan sama-sama..
so sweet..!!

sebenarnye setiap detik bersama mereka adalah yang terindah
cuma tak larat nak taip satu persatu
hehe~
sebagai penutup, hargailah sahabat anda..

Anis dan Maya..!!
saranghae.. <3 <3
sayang korang sangat2..


p/s : nak letak gambar korg tapi maya x bole.. so, anis jela ye.. dahla gambar kita bertiga xde..x sempat nak amek.. huhu~

Waallahu a'lam

Labels:






© 2014 Skin by Sha_Kai & Hana_Mi. Basecode by mintrose. Thanks 4 visiting this blog!