Hi.
HOME ABOUT AFFIES stuff extra extra

"Just because I am not talking doesn't mean I'm in a bad mood.. Sometimes I just like being quiet.."

follow | dashboard

tagboard




its all about us




Archives



Matlamat Sebenar BerBlogging

written on Wednesday, May 15, 2013 @ Wednesday, May 15, 2013 ✈{ 0 comment(s) }


Di pagi yang hening
Di mana kebanyakan manusia sedang lena 
Aku masih lagi terjaga
Dalam menyiapkan header blog yang tersangat lah cantik
Sambil itu aku mendengar radio IKIM.fm
1 segmen ulangan
Dimana seorang blogger telah membuat duit dalam bidangnya melalui BLOG


Di akhir kalam beliau
Menjelaskan bahawa kita mesti ada matlamat yang jelas dalam berblogging
Aku tak ingat apa yang diutarakan oleh beliau
Apa yang mampu aku huraikan
Matlamat utama menjadi blogger adalah 
Setiap apa yang kita update dalam blog
Memberi manfaat kepada orang lain
Serta ada tujuan yang jelas 
Lagi-lagi promoter atau penjual sesuatu produk
Mereka harus memikirkan keselesaan dan keberhasilan produk mereka terhadap pelanggan
Bukan hanya ingin mendapat untung

Namun, kebanyakan blogger sekarang
Tidak tahu untuk mengaplikasikan blog ini
Sebagai satu cara dalam menyampaikan dakwah
Serta menyebarkan info-info yang sahih
Mereka lebih gemar menceritakan perkara yang lagha
Dan tidak memberi faedah langsung terhadap pembaca
Lebih malang lagi apabila menceritkan sesuatu peristiwa
Dalam tidak sedar kita telah mengaibkan orang lain
Dapat free je dosa tu


Apa-apa pun
Satu pepatah yang sering aku gunakan 
Dalam memberi nasihat kepada orang lain
"Angkara mulut, badan binasa"
Dan satu kata-kata yang sangat membuatkan aku terasa
"What you give, you get back"
Maka, hati-hati lah ketika ingin mengupdate post blog
Fikir dahulu ye~

# peringatan untuk diri ini juga..

Labels:


Lelaki Dan Wanita

written on Monday, April 29, 2013 @ Monday, April 29, 2013 ✈{ 0 comment(s) }


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


Labels:


Pantun 4 kerat..??

written on Sunday, April 1, 2012 @ Sunday, April 01, 2012 ✈{ 0 comment(s) }


Assalamualaikum pembuka bicara
Bismillah pembuka hari
Sudah lama tidak bersua
Ana sudah sedia exercise jari..

Hari ini hari jadi Khawlah
Mak lupa nak beli kek
Hari ini aku melangkah
Nak ke mana ek??

Duduk rumah macam biasa
Jimat duit dan masa
Lepak luar banyak gejala
Dapat kita hindari dosa..

Bila Maryam mula berbicara
Entah bila nak berhenti
Niat dihati nak cakap menjela-jela
Padahal idea sudah tiada lagi..

Bukan senang mereka pantun
Mudah bagi yang sudah biasa
Bola dibaling melantun-lantun
Banyak nyamuk kat sini laaa..

Ingin ku kata kepada kalian
Tutuplah auratmu wahai kawan
Perintah ini perintah TUHAN
Taatlah kepadaNYA duhai teman..

Cari kawan jangan sembarangan
Hindarilah kawan makan kawan
Jangan percaya sangat kat teman
Nanti kita yang jadi sawan..

Wassalam penutup bicara
Alhamdulillah entri dah panjang
Maaf andai terkasar bahasa
Bertemu lagi post akan datang..


p/s : yang baik itu datang dari ALLAH.. yang buruk itu datang dari kelemahan diri.. hakikatnya, kedua-duanya dari ALLAH.. hamba ini sebagai pengantar sahaja.. ambil yang baik sebagai nasihat berguna.. ambil juga yang buruk sebagai pengajaran buat kita semua.. padahal sedikit sahaja perkongsian yang ku berikan.. sekian, terima kasih.. dan maaf pantun tidak berapa betul format dan bahasanya.. WASSALAM..

Labels:


Sahabat Sejati

written on Tuesday, March 27, 2012 @ Tuesday, March 27, 2012 ✈{ 0 comment(s) }


Sahabat sejati menurut al Gazhali ada 12 Ciri-Ciri Sahabat Sejati. Menurut Imam al-Ghazali di bawah ini:
1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu
2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu
3. Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya
4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik
5. Jika ia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka akan berupaya menutupinya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh
8. Jika engkau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi
9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu
10. Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu
12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, niscaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga

Jangan membenci orangnya tetapi bencilah perbuatannya, betul itu kerana tidak setiap saat seseorang berbuat buruk, sedangkan yang patut kita benci adalah perbuatan buruk, jadi kalau kita membenci orangnya walaupun perbuatannya baik tetap kita benci, dan ini kurang bagus.
Bukankah ayat al Quran mengajarkan kepada kita: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki" (surat al Falaq) kita berlindung kpd Allah jika perbuatan dengkinya terjadi.
wallahu a'lam

Labels:


Hikmah Cemburu Buta

written on Thursday, July 28, 2011 @ Thursday, July 28, 2011 ✈{ 0 comment(s) }

Kelahiran Muawiyah yang akan menjadi orang besar sudah diramal oleh seorang tukang tilik di zaman jahiliyah. Hindun bin Utbah ibu kepada Muawiyah pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Fakih bin Al-Mughirah sebelum berkahwin dengan Abu Sufyan. Fakih seorang Arab yang sangat suka menerima tetamu, bahkan dia punya satu rumah khusus yang disediakan untuk tetamu dan orang musafir. Rumah tersebut dibuka siang dan malam dan boleh ditempati oleh tetamu dan musafir tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu.

Suatu hari, rumah tetamu tersebut sedang kosong, maka Fakih membawa Hindun beristirehat dan berbaring-baring di rumah tersebut. Sebentar kemudian Fakih keluar untuk suatu keperluan dan Hindu tertidur di situ sementara menunggu suaminya. Tiba-tiba datang seorang lelaki tetamu yang ingin beristirehat di rumah tersebut dan masuk ke dalam, tapi dia melihat seorang perempuan sedang tidur di dalamnya. Oleh kerana itu, dia segera keluar semula. Ketika lelaki itu keluar, Fakih datang dan melihatnya. Kecurigaan pun timbul di dalam hatinya, mukanya berubah menjadi merah. Fakih terus masuk dan menendang isterinya yang sedang tidur. Hindun terkejut dan cuba bangun dalam keadaan terhoyong-hayang.

"Ada apa? Ada apa?" kata Hindun dalam keadaan gugup.

Pertanyaannya tidak dijawab, tiba-tiba Fakih telah bertanya dengan nada yang keras, "Siapa lelaki yang bersamamu tadi?"

"Lelaki? Mana ada...aku tidak melihat sesiapa, aku tidur dan baru terjaga setelah dikejutkan oleh engkau..." jawab Hindun.

Al-Fakih terus menuduh, tapi Hindun terus mempertahankan kejujurannya. Maka terjadilah perang mulut di antara kedua-dua suami isteri itu.

"Baliklah engkau kepada keluargamu." kata Fakih menghalau Hindun.

Hindun terus bingkas dan balik ke rumah ayahnya. Sementara orang ramai memperkatakan mereka dari mulut ke mulut sehingga terdengar juga oleh Utbah, ayah Hindun.

"Wahai anakku, sesungguhnya orang ramai telah saling memperkatakan engkau. Maka hendaklah engkau ceritakan kepadaku perkara yang sebenarnya. Jika lelaki yang dimaksudkan itu benar-benar ada, aku akan mengutus orang untuk membunuhnya, agar cerita itu lenyap. Sebaliknya jika berita itu bohong aku akan bertahkim kepada tukang tilik di Yaman." kata Utbah kepada Hindun.

Hindun bersumpah kepada ayahnya bahawa berita itu tidak pernah ada, dia tidak pernah berlaku curang dan tidak pernah mengkhianati suaminya. Berdasarkan keterangan Hindun itu, Utbah memanggil Fakih dan berkata: "Engkau telah menuduh anakku dengan tuduhan yang besar. Oleh kerana itu aku akan ajak engkau agar bertahkim kepada tukang tilik di Yaman."

"Boleh," jawab Fakih.

Pada hari yang telah ditetapkan, Fakih berangkat ke Yaman bersama sejumlah kaum keluarganya dari Bani Makhzum, sementara Utbah dan Hindun berangkat bersama sekumpulan kaum keluarganya dari Banu Abdi Manaf. Apabila hampir sampai ke tempah bomoh yg di tuju, tiba-tiba wajah Hindun berubah menjadi pucat seperti orang ketakutan.

"Wahai anakku, mengapa keadaanmu tiba-tiba berubah seperti ketakutan? Ini pasti ada sesuatu yang engkau rahsiakan. Ayuh cakap terus terang aja." kata Utbah kepada Hindun.

"Wahai ayahku, demi Allah, aku tidak menyimpan apa-apa rahsia yang ditakuti. Tapi aku tahu bahawa engkau akan datang keapda seorang manusia tukang ramal, yang kadang-kadang salah dan kadang-kadang benar. Aku merasa tidak aman, khuatir tekaannya salah, maka aku akan menjadi umpatan dan cacian bangsa Arab." jawab Hindun.

"Jangan khuatir wahai anakku, aku akan menguji ahli nujum itu terlebih dahulu sebelum menilik dirimu, sama ada dia betul tahu atau hanya sekadar meneka-neka." kata Utbah.

Utbah ingin mengetahui sama ada tukang tilik it betul-betul mahir atau hanya sekadar meneka-neka. Sebelum dia masuk ke rumah si ahli nujum, Utbah mengambil sebiji gandum lalu disorokkan ke bawah pelana kudanya. Kemudian rombongan itu masuk ke rumah tok nujum dan disambut dengan gembira dan penuh kehormatan.

"Wahai tok nujum, aku datang kepadamu untuk suatu urusan. Sebelumnya aku telah menyorokkan sesuatu untuk mengujimu, cuba sebutkan apa itu?" kata Utbah.

"Hahaha....Engkau hanya menyorokkan sebiji bijiran sahaja." kata si tukang tilik.

"Aku ingin engkau terangkan lebih jelas." pinta Utbah.

"Bijiran itu adalah sebiji bijiran gandum yang ada dicelah-celah pelana kudamu. Betul tak?" kata si tukang tilik.

"Engkau betul." kata Utbah. Utbah sangat kagum akan kepandaian si tukang tilik itu, maka dia pun yakin dapat meneka keadaan Hindun dengan tepat.

"Nah sekarang, terangkan keadaan perempuan-perempuan itu." kata Utbah sambil menunjuk kepada perempuan-perempuan yang terdiri dari Banu Makhzum dan Bani Abdi Manaf itu. Tukang tilik bangkit dan menghampiri perempuan-perempuan yang duduk bersimpuh di situ lalu ditepuk bahunya satu-satu persatu sambil berkata: "Bangun..!" setiap kali menepuk bahu seorang di antara mereka. Apabila tiba giliran Hindun, tukang tilik menepuk bahunya sambil berkata: "Bangun...! Tidak buruk dan tidak penzina. Dia bakal melahirkan seorang raja yang bernama Muawiyah."

Al-Fakih yang menyaksikan demonstrasi ahli nujum itu sejak tadi, sangat gembira apabila mendengar tentang isterinya. Dia segera menghampiri Hindun lalu dipegang tangannya dengan mesra. Tapi, tiba-tiba Hindun menarik tangannya dari genggaman suaminya itu dengan kasar.

"Mengapa pula engkau ini?" tanya Fakih dengan terkejut.

"Berambuslah engkau dari sini. Demi Allah aku ingin anak itu lahir dengan seorang lelaki selain engkau." kata Hindun lalu pergi meninggalkan Fakih.

Seterusnya, Hindun pergi kepada ayahnya sambil berkata: "Wahai ayahku, sekarang akulah yang memiliki diriku sendiri. Oleh kerana itu, janganlah engkau kahwinkan aku dengan lelaki tanpa persetujuanku."

Fakih sangat menyesal kerana terlalu cemburu buta. Kemudian Hindun berkahwin dengan Abu Sufyan atas pilihannya sendiri. Pasangan itu melahirkan ramai anak yang seorang di antaranya bernama Muawiyah yang kemudian menjadi pengasa dan Raja Daulat Bani Umayyah yang pertama. Rupanya tindakan cemburu buta Fakih mengandungi hikmah besar bagi Abu Sufyan. Dia dapat isteri hebat dan menjadi ayah kepada orang besar.

dipetik dari blog..
http://mushahidah.blogspot.com/

Labels:


MAAF

written on Saturday, March 19, 2011 @ Saturday, March 19, 2011 ✈{ 4 comment(s) }


Setiap manusia pernah melakukan kesalahan & fitrah manusia.
Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT".
Manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, kecuali Rasulullah SAW yang ma’sum.
Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang sedar kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya.

Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).
Allah SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (QS. Al-Imran: 133-134).

Ibnu Qudamah dalam Minhaju Qashidin menjelaskan bahwa makna memberi maaf ialah sebenarnya engkau mempunyai hak, tetapi engkau melepaskannya, tidak menuntut qishash atasnya atau denda kepadanya.
Kata maaf berasal dari bahasa Al-Quran alafwu yang bererti "menghapus" kerana yang memaafkan menghapus bekas-bekas luka di hatinya.
Bukanlah memaafkan namanya, apabila masih ada tersisa bekas luka itu didalam hati, bila masih ada dendam yang membara.
Boleh jadi, ketika itu apa yang dilakukan masih dalam tahap "masih menahan amarah".
Usahakanlah untuk menghilangkan noda-noda itu, sebab dengan begitu kita baru dikatakan telah memaafkan orang lain.

Labels:


10 perkara menyebabkan doa tidak dikabul

written on Thursday, March 17, 2011 @ Thursday, March 17, 2011 ✈{ 0 comment(s) }


Suatu hari Ibrahim bin Adham telah berkata: "Wahai penduduk Basrah, hati kamu semua telah mati sebab ditutupi oleh sepuluh perkara. Sebab itulah doa kamu tidak dikabulkan."
  1. Kamu semua mengetahui makrifat ALLAH, tetapi kamu semua tidak memenuhi hak-hakNYA.
  2. Kamu semua membaca Al-Quran, tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Quran.
  3. Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah S.A.W., tetapi kamu semua meninggalkan sunnah Baginda.
  4. Kamu semua mengaku syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu semua tidak mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya.
  5. Kamu semua mengaku akan masuk syurga, tetapi kamu semua tidak mengamalkan perbuatan umtuk mendapatkan syurga.
  6. Kamu semua mengaku akan terselamat dari neraka jahannam, tetapi kamu semua membuat kerja yang akan menceburkan kamu ke dalam neraka jahannam.
  7. Kamu semua mengaku bahawa mati itu akan berlaku, tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati itu.
  8. Kamu semua sentiasa mencari kecelaan saudara-saudaramu, tetapi kamu semua tidak cuba mencari kecelaan kamu sendiri.
  9. Kamu semua telah merasai nikmat pemberian ALLAH S.W.T, tetapi kamu semua tidak mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati, tetapi kamu semua tidak mahu mengambil iktibar dari itu.

Labels:


Dosa-Dosa Besar

written on Tuesday, March 15, 2011 @ Tuesday, March 15, 2011 ✈{ 1 comment(s) }

Al-Imam Azzahabiyy menyenaraikan dalam kitabnya "Al-Kabaair" jenis dosa-dosa besar melibatkan perkara-perkara seperti berikut:

01 - Belajar ilmu lalu tidak menerangkannya
02 -Persaksian palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Tidak istinjak selepas kencing
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat zalim terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah
15 - Hakim yang zalim
16 - Homoseks
17 - Menipu dalam timbangan
18 -al-Abd al-Aabiq /iaituhamba yang lari dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita (al-mutasyabbihin binnisak)
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 -Mengumpulkan kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 -Berurusan dengan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Mengungkit-ungkit pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Wanita menyerupai lelaki ( al-Mutasyabbhihatu birrijal )
50 - Mencari-cari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap orang bawahan
60 - Riak dan menunjuk-nunjuki
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji sedangkan bermampuan

dipetik dari sebuah laman blog..

Labels:


Solat..!!

written on Tuesday, March 8, 2011 @ Tuesday, March 08, 2011 ✈{ 0 comment(s) }

Hayatilah pantun yg berguna ini..Peringatan untuk diri saya sendiri

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang....

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat,
petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang....

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,

Fikirkan sejenak kepada pesanan:"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Firman Allah, maksudnya: “ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegahdaripada perbuatan keji dan mungkar.” (al-Ankabut: 45)

Labels:


PANTUN ISLAMIC......

written on Friday, March 4, 2011 @ Friday, March 04, 2011 ✈{ 0 comment(s) }

Pisang gold u take belayar,
Masak sbiji on da peti,
Ilmu akhirat x many nk bljar,
Ilmu dunia mna leh bring mati,
Swing laju2,
Sampai on da pokok sena,
everybody wntz to be mju,
Maju but lupa Allah pa guna??
High2 ada matahari,
Anak cattle mati tertambat,
Study agama utk baiki dri,
Bukan dok compare sapa hebat....
Push papan pull papan,
Kranji fruit in da perahu,
Ilmu akhirat don't simpan2,
Amal dan pass kat yg x tahu.......... :)

copy dr fb..

Labels:


Masya ALLAH !!

written on @ Friday, March 04, 2011 ✈{ 0 comment(s) }

ada satu cerita mngisahkn se0rng guru yg mngajar anak2 muridnye ke arah kesesatan..

cikgu:nmpak kipas ?
murid2:nmpak .
cikgu:maka kipas ada .nmpak lampu ?
murid2:nmpak .
cikgu:maka lampu ada . NMPAK ALLAH ?
murid2:x .
cikgu:maka ALLAH TIADA .

*lalu bgunlh slh se0rng dr anak muridnye itu . lalu b'kata ..

murid:nnti dulu kwn2 !! sy nk tnye , k0rng nmpak k0piah cikgu?
yg lain:nmpak.
murid:nmpak sluar cikgu ?
yg lain:nmpak .
murid:nmpak 0TAK CIKGU ?
yg lain:x .
murid:maka CIKGU X DER 0TAK .

************************************
waAllahua'lam . m0ga mmbri pngajaran buat kite. :)

Labels:






© 2014 Skin by Sha_Kai & Hana_Mi. Basecode by mintrose. Thanks 4 visiting this blog!